terma dan kondisi menginap di homestay kami
- Terma dan Syarat berikut
perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda
menginap di homestay kami.
- Untuk tinggal di dcosy homestay
anda perlu sms /whatssap / email tempahan.
- Dcosy Homestay tidak
menerima tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc).
- Jika anda ingin menginap di
HomeStay kami anda perlu membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 3 hari
awal sebelum tarikh penginapan anda.
- Selepas anda membuat
tempahan, sila buat bayaran mengikut harga yang kami emailkan kepada anda.
Tempahan anda hanya akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran.
Bayaran perlu dibuat dalam tempoh 3 atau 7 hari dari tarikh tempahan
tersebut.
- Jika anda tidak dapat
membuat bayaran dalam tempoh yang dinyatakan sila maklumkan kepada kami.
- Jika dalam tempoh diatas,
pihak kami tidak menerima apa-apa maklumbalas dari anda, tempahan anda
akan terbatal dengan sendiri dan selepas tempoh itu, pihak kami akan
membuka tempahan kepada pelanggan lain.
- Dcosy Homestay hanya
membenarkan tetamu sah yang berdaftar sahaja untuk menginap disini.
- Untuk tujuan ini anda perlu
menunjukkan “Slip Pengesahan Penginapan” dan kad pengenalan / Passport
kepada pengurus kami semasa anda mendaftar masuk (check-in).
- Sila patuhi waktu masuk
(check in) adalah pukul 2.00 petang, dan waktu keluar (check out) 12.00
tengahari. Check out yang lewat dari pukul 12.00 tengahari tidak
dibenarkan jika anda penyewa lain yang akan menginap.
- Jika anda check-out
lewat dari pukul 12.00 tengahari, bayaran deposit tidak akan
dikembalikan.
- Jika chek out lewat selepas
pukul 6.00 petang, bayaran PENUH akan dikenakan.
- Jika terdapat perubahan
waktu check-in / check out, sila maklumkan kepada kami sehari awal sebelum
kedatangan anda. Untuk mengelak kesulitan, sila semak tarikh anda menyewa
homestay adalah BETUL.
- Sekiranya tempahan
dibatalkan 3 hari sebelum tarikh check in, kami akan memulangkan semua
bayaran sewa harian anda kecuali wang cagaran RM150 tidak akan
dipulangkan.
- anda, pihak kami akan
menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan penyewa lain yang
ingin Tapi jika pembatalan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh
anda check in, bayaran sewa serta wang cagaran anda tidak akan
dikembalikan. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan menginap pada
tarikh tersebut.
- Jadi sebelum anda
membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang
anda tempah.
- Anda bertanggungjawab
menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay
semasa anda menginap disini.
- Jika anda keluar meninggalkan
rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan
mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.
- Semua suis elektrik
hendaklah dipadam selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua
suis termasuk suis kipas / lampu /aircond apabila meninggalkan
rumah.
- Tetamu yang menginap
disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan
peralatan yang disediakan di dalam homestay ini.
- Jika berlaku kecurian
atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau
melaporkan kecurian kepada pihak polis.
- Tidak dibenarkan
membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran
pihak pengurusan homestay ini.
- Sila buang semua
bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah besar yang disediakan
pada tingkat G di rumah sampah
- Bagi tujuan
keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.
- Tidak dibenarkan membawa
binatang peliharaan.
- Tidak dibenarkan membuat
bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan
- .
- Sila jaga tatasusila di
dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.
- Pastikan semua barang
dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
- Kunci rumah hendaklah
diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out.
- Bayaran deposit / wang
cagaran RM150 akan dipulangkan semula kepada anda sebaik sahaja anda
menyerahkan kunci setelah pihak pengurusan memastikan tiada kerosakan,
kecurian atau kehilangan peralatan di dalam rumah dan tiada kelewatan
waktu check-out.
- Tidak dibenarkan membawa
binatang ke dalam homestay
- Homestay ini berkongsep
halal jadi diminta pengujung agar tidak membawa makanan yang tidak halal
dan minuman alcohol ke dalam promis.
- Tidak dibenarkan berparti di
dalam bangunan ini
- NOTIS PIHAK PENGURUSAN Dcosy
Homestay TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU
KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI
ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI.
No comments:
Post a Comment