- Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap di homestay kami.
- Untuk tinggal di dcosy homestay anda perlu sms /whatssap / email tempahan.
- Dcosy Homestay tidak menerima tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc).
- Jika anda ingin menginap di HomeStay kami anda perlu membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 3 hari awal sebelum tarikh penginapan anda.
- Selepas anda membuat tempahan, sila buat bayaran mengikut harga yang kami emailkan kepada anda. Tempahan anda hanya akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran. Bayaran perlu dibuat dalam tempoh 3 atau 7 hari dari tarikh tempahan tersebut.
- Jika anda tidak dapat membuat bayaran dalam tempoh yang dinyatakan sila maklumkan kepada kami.
- Jika dalam tempoh diatas, pihak kami tidak menerima apa-apa maklumbalas dari anda, tempahan anda akan terbatal dengan sendiri dan selepas tempoh itu, pihak kami akan membuka tempahan kepada pelanggan lain.
- Dcosy Homestay hanya membenarkan tetamu sah yang berdaftar sahaja untuk menginap disini.
- Untuk tujuan ini anda perlu menunjukkan “Slip Pengesahan Penginapan” dan kad pengenalan / Passport kepada pengurus kami semasa anda mendaftar masuk (check-in).
- Sila patuhi waktu masuk (check in) adalah pukul 2.00 petang, dan waktu keluar (check out) 12.00 tengahari. Check out yang lewat dari pukul 12.00 tengahari tidak dibenarkan jika anda penyewa lain yang akan menginap.
- Jika anda check-out lewat dari pukul 12.00 tengahari, bayaran deposit tidak akan dikembalikan.
- Jika chek out lewat selepas pukul 6.00 petang, bayaran PENUH akan dikenakan.
- Jika terdapat perubahan waktu check-in / check out, sila maklumkan kepada kami sehari awal sebelum kedatangan anda. Untuk mengelak kesulitan, sila semak tarikh anda menyewa homestay adalah BETUL.
- Sekiranya tempahan dibatalkan 3 hari sebelum tarikh check in, kami akan memulangkan semua bayaran sewa harian anda kecuali wang cagaran RM150 tidak akan dipulangkan.
- anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan penyewa lain yang ingin Tapi jika pembatalan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh anda check in, bayaran sewa serta wang cagaran anda tidak akan dikembalikan. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan menginap pada tarikh tersebut.
- Jadi sebelum anda membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.
- Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap disini.
- Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.
- Semua suis elektrik hendaklah dipadam selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu /aircond apabila meninggalkan rumah.
- Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini.
- Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
- Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
- Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah besar yang disediakan pada tingkat G di rumah sampah
- Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.
- Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
- Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan
- .
- Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.
- Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
- Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out.
- Bayaran deposit / wang cagaran RM150 akan dipulangkan semula kepada anda sebaik sahaja anda menyerahkan kunci setelah pihak pengurusan memastikan tiada kerosakan, kecurian atau kehilangan peralatan di dalam rumah dan tiada kelewatan waktu check-out.
- Tidak dibenarkan membawa binatang ke dalam homestay
- Homestay ini berkongsep halal jadi diminta pengujung agar tidak membawa makanan yang tidak halal dan minuman alcohol ke dalam promis.
- Tidak dibenarkan berparti di dalam bangunan ini
- NOTIS PIHAK PENGURUSAN Dcosy Homestay TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI.














